Alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana masih lagi diberi semangat untuk
menulis di jalan Allah SWT walaupun sudah agak lama menyepikan diri setelah sekian lama tidak
membiarkan jari - jemari ini menari di ruangan 'keyboard' komputer. Walaupun peranan dakwah
berkurangan dari segi curahan kata-kata kepada masyarakat, diharapkan dengan kembali menulis ini
dapat meringan sedikit bebanan di hati ini yang terlalu memikirkan perasaan bersalah kerana
kurangya peranan sebagai seorang khalifah di muka bumi ini sedangkan telah diamanahkan untuk
beribadat dan menghambakan diri padaNYA disamping berbuat kebaikan dan mencegah
kemungkaran..
Kali ini terdetik di hati ini untuk
membiarkan jari bekerjasama dengan hati dan otak terutamanya fikiran ini dalam berkongsi dengan
para pembaca yang menziarahi blog ini secara langsung ataupun tidak langsung tentang hadis-hadis
nabi tentang peristiwa akhir zaman. Semestinya saya sendiri tergolong dalam golongan ini lebih-
lebih lagi bumi ini sudah terlalu lama berpaksi pada putarannya yang mana setiap hari telah
banyak perubahan yang berlaku pada isinya lebih-lebih lagi kita sebagai
manusia..
Hadis yang ingin saya kongsikan dengan
para pembaca sekalian adalah tentang peristiwa akhir zaman yang telah disabdakan oleh junjungan
kita nabi Muhammad SAW dalam hadis tentang akan berlakunya di suatu zaman ekonomi akan meningkat,
kaum perempuan bekerja dan kemudahan alat tulis yang berleluasa. Hadis itu berbunyi yang beerti
"Daripada Abdullah Bin Mas'ud r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda : "Sesungguhnya apabila
kiamat sudah akhir tiba (1) orang akan hanya memberi salam kepada orang yang dikenali sahaja, (2)
perniagaan akan bertambah maju, sehingga orang perempuan membantu suaminya berniaga, (3) banyak
orang memutuskan silaturrahim(hubungan kekeluargaan, (4) banyak saksi palsu, (5) orang suka
menyembunyikan penyaksian yang benar, (6) dan akan banyak kemudahan alat tulis"
.
Apa yang saya dapat kongsikan dengan sekalian
tentang hadis di atas bahawasanya di akhir zaman ini iaitu zaman yang kita tengah lalui ini orang
hanya akan memberi salam pada sahabat yang dikenali sahaja bukan seperti yang dituntut dalam
agama Islam supaya kita mengucapkan salam kepada semua orang Islam sama ada yang kita kenali atau
yang kita tidak kenali. Keadaan ini menunjukkan bahawa hubungan kemesraan di kalangan kaum
muslimin sudah amat berkurangan.
Begitu pula cara hidup
akhir zaman iaitu zaman kita semestinya yang mana mendorong kaum perempuan untuk bekerja di luar
rumah , terutama dalam perniagaan. Perempuan dijadikan daya tarikan pelanggan atau disebabkan kos
kehidupan yang sangat tinggi sekarang sehingga gaji suami tidak cukup untuk memenuhi keseluruhan
keperluan keluarga maka terpaksa la isteri juga bekerja. Maka keadaan ini akan mengakibatkan
kerengganan hubungan kekeluargaan. Isteri tidak lagi taat kepada suami kerana dia juga memiliki
wang dan mungkin lebih banyak daripada wang suaminya. Manakala anak-anak pula menjadi mangsa
kehilangan kasih sayang ibubapa kerana mereka hanya menyerahkan pada orang gaji atau lebih
dikenali di negara kita 'bibik'..
Selain itu, junjungan
kita bersabda pada akhir zaman nanti akan wujud kecanggihan alat tulis, bahan cetak dan media
massa. Kalau boleh rasanya tidak salah kalau saya katakan melalui jari saya ini bahawa akhir
zaman yang nabi SAW maksudkan ialah zaman yang kita tengah tempuhi ini. Alat-alat ini semestinya
digunakan untuk mengangkat martabat manusia namun apa yang berlau ialah sebaliknya. Segala alat-
alat canggih pada zaman ini digunakan untuk pembohongan dan memutarbelitkan kenyataan dan
mencemarkan martabat insan itu sendiri.
Nampaknya mata
saya ini merayu-rayu pada hati saya untuk minta dilelapkan bersama anggota yang lain, jadi
terpaksalah menamatkan perjalan pendek ini dengan menyimpulkan kepada para pembaca blog ini
terutamanya bahawa berhati-hatilah dengan hidup yang penuh mencabar ini dengan tidak memutuskan
hubungan silaturrahim sesama muslim dan pastikan lah apabila kita berkahwin nanti isu isteri
bekerja tidak menjadi punca anak-anak terabai dan tidak mendapat perhatian kasih sayang kita
sendiri dan tidak diberi pendikan agama yang sedalam-dalamnya kepada mereka kerana ilmu yang
paling awal yang wajib dipelajari adalah mengenal Allah SWT dan semestinya terkandung dalam ilmu
Tauhid..Semoga kita tergolong dalam golongan ini..aammiin..
|